Pages

Thursday, December 8, 2011

Api kereta di Lebuhraya Utara Selatan September 2011



Kejadian api kereta berlaku pada tarikh 28 September 2011 (7 hari selepas hari lahir aku) jam lebih kurang 1:25 petang. Kami terima panggilan kecemasan pun jam 1:30 petang. Kejadian ini berlaku atas lebuhraya utara selatan arah menghala ke selatan antara tol Jawi ke tol Bandar Baru di km 167.7 . Pergerakan jentera Atego Ntl dengan kekuatan anggota seramai 5 orang bergegas memasuki tol Jawi dan sampai ke lokasi kira-kira 6 minit kemudian pada jarak 5 km. Kpi keluaran jentera kami mencapai sasaran kerana kejadian berlaku arah menghala ke selatan, tapi kalau kejadian tersebut berlaku arah ke utara, makanya kami terpaksa turn out di tol Bandar Baru dan ini mungkin akan memakan masa antara 10 hingga 15 minit untuk sampai. Tapi kalau berlaku begitu, sudah semestinya bantuan dari Parit Buntar akan diminta dimana jentera mereka ini akan memasuki terus melalui tol Bandar Baru bertindak sebagai Balai "Fire Turn-Out"

Semasa tiba di tempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran sebuah kereta jenis Toyota Vios (MBL 7974) dengan keadaan api marak membakar sebahagian besar keseluruhan kenderaan tersebut. Aku pun membuat saiz up dan memastikan tiada mangsa yang terperangkap. Mangsa seorang sahaja pemandu lelaki berumur 29 tahun telah dapat keluar dari keretanya. Anggota-anggota terus bertindak memadamkan kebakaran dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula jentera dengan bekalan air dari tangki jentera. Mulanya risau juga kalau-kalau air dari tangki jentera kami akan kehabisan dan aku meminta bantuan keluaran Sungai Bakap, tetapi selepas 20 minit kemudiannya kebakaran tersebut telah dapat di kawal dan meminta pembatalan bantuan keluaran Sungai Bakap.
Tindakan ventilation dan overhaul dilakukan setelah api dapat dikawal dan dipadamkan.
Aku terus menghubungi PGO supaya memaklumkan kepada pihak FIO untuk ke tempat kejadian bagi tindakan selanjutnya serta mengambil maklumat dari pemandu yang terselamat.
**Menurut keterangan dari pemandu, sebelum berlaku kebakaran tersebut, beliau ada mendengar satu letupan di bahagian injin dan terus berasap, puncanya pun tidak dapat dipastikan lagi, mungkin FIO dalam siasatan lagi...........
Tapi semenjak kebelakangan ini memang banyak kes kebakaran kereta yang berlaku, tak tahulah apa masalahnya. Tapi satu saja yang kami kena alert sikit mengenai kereta yang menggunakan NGV dan jenis HYBRID....mungkin atau yang pastinya satu SOP kena ujudkan bagi menjamin keselamatan semasa operasi//tq

No comments:

Post a Comment