Pages

Tuesday, December 13, 2011

Kerja Menyelamat tanpa mengira..........???

Inilah antara tugas-tugas anggota bomba dan penyelamat, bertepatan dengan namanya, maka tugas-tugas ini tetap kami laksanakan dengan penuh tanggungjawab, penuh kerelaan tanpa mengira waktu. Pun begitu juga dalam kerja-kerja menyelamat tanpa mengira batas, selagi ianya bernyawa dan berhak bertapak di bumi Allah yang bertuah ini serta diizinkanNya maka kami akan tetap laksanakan sedaya mungkin.....
Sesungguhnya tidak terkecuali juga agensi lain seperti JPAM, pengorbanan mereka-mereka ini dalam membantu melaksanakan tugasan tidak dapat dinafikan. Seperti waktu ini dimana kerjasama kami adalah kejayaan bersama. Tidak lupa juga kepada pihak awam (gerai berhampiran)  yang turut membantu demi atas rasa tanggungjawab dan sifat berperikemanusiaan.
Maka hari ini 13 Disember 2011 jam lebih kurang 2200 (10:00 malam) kami terima panggilan lembu jatuh longkang. Topiknya agak sedikit joke juga, abstrak pun ada. Tanpa membuang masa lagi keluaran Nibong dengan kekuatan anggota seramai 7 anggota bergegas ke alamat Taman Jawi Ria.  Setibanya di tempat kejadian didapati benar terdapat seekor lembu dalam keadaan lemah terperangkap dalam longkang dan pihak JPAM turut berada dan berusaha mengeluarkan lembu tersebut.
___________________________________________________________________________________


Tapi yang baiknya adalah lembu ini baik...memang baik kerana tidaklah agresif langsung, mungkin keletihan agaknya, kesian pun ada juga melihat makhluk Allah yang tak terdaya ini, kalau ia boleh berkata-kata, tentu kita sama-sama faham apa yang pasti diharapkannya. Justeru itu kami bersama anggota JPAM terus berusaha, bekerjasama untuk mengeluarkan lembu itu. Dengan menggunakan hos yang disisipkan melalui badan lembu itu,  kami bersama-sama cuba mengangkat tetapi beberapa kali gagal. Disini dapat dilihat betapa tabahnya mereka-mereka yang terlibat walaupun dalam keadaan bergelumang dengan  najis tetapi masih tetap berusaha sedaya mungkin.
___________________________________________________________________________________
Akhirnya berjaya juga mengeluarkan lembu tersebut walaupun ianya mengalami sedikit kecederaan di bahagian kaki, tetapi yang pastinya selamat.....
___________________________________________________________________________________
Ok la tu....selamat tu, jangan ada yang nak bagi CPR udahlah, he, he, he.... lega aku, tapi bukan pujian atau kebanggaan tetapi kepuasannya adalah kejayaan dalam operasi itu sendiri......
___________________________________________________________________________________

Yooo,ko.....bangun, bangun, yeah...
___________________________________________________________________________________

Lega rasonyor... makasih lagi ye......... Tapi yang berbahasanya adalah teman-teman yang berniaga berdekatan dengan kawasan itu yang mempelawa kami minum dulu, tapi apa kan daya... kami dalam tugas dan lagi....adalah ghau, ghau baunyer...terima kasih bro, lain kali aja, semoga bisness  maju.
Operasi tamat jam 2235 (10:35 malam) dan kami bertolak balik dalam keheningan aroma ke balai untuk mandi yang kesekian kalinya lagi, he..he...he..
Wokey, nak buat report lagi tq..



Friday, December 9, 2011




PROGRAM KOMUNITI TEMAN PILI BOMBA
KAWASAN SUNGAIUDANG
NIBONG TEBAL SEBERANG PERAI SELATAN
PULAU PINANG


Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal,
Seberang Perai Selatan,
Pulau Pinang

4744 on.....31/10/2011


PENGENALAN

Pili Bomba merupakan sumber utama bagi mendapatkan bekalan air yang digunakan bagi melawan kebakaran. Penempatan Pili Bomba yang strategik di sesuatu kawasan dan penjagaannya yang baik dapat memberikan impak yang besar bagi mengurangkan kerugian akibat kebakaran.

Laman Web Pili bomba bertujuan untuk memantau aktiviti-aktiviti Pili Bomba dan mengambil tindakan segera aduan kerosakan Pili Bomba akibat vandalisma dan kesalahan Pili Bomba di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan disamping itu juga menggalakkan penyertaan masyaraka menjadi Teman Pili Bomba.


LATAR BELAKANG PROGRAM

Program Teman Pili Bomba telah dilancarkan untuk mewujudkan kerjasama erat diantara
masyarakat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Program ini berperanan untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat tentang pentingnya penjagaan Pili Bomba dan aset kerajaan untuk memastikan ianya berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan
pada bila-bila masa semasa berlaku kebakaran.


OBJEKTIF PROGRAM

1. Memberikan penghargaan dan pengkitirafan kepada komuniti ataupun masyarakat yang perihatin dan bertanggungjawab menjadi Teman Pili Bomba di dalam pemeriksaan dan penyelenggaraan Pili Bomba.

2. Melaporkan sebarang kerosakan Pili Bomba akibat vandalisma.



KAEDAH PERLAKSANAAN PROGRAM

Melalui aktiviti lawatan, promosi laman sesawang Jabatan, ceramah dan aktiviti gotong royong dan laman sosial yang sediada.


TEMPOH MASA PERLAKSANAAN PROGRAM

Tahun 2011 melalui data / rekod lampau yang dikemaskini.


SASARAN PROGRAM

Individu/premis ditetapkan berhampiran pili bomba, kawasan berisiko rosak/hilang.


PENEMUAN HASIL OUTCOME PROGRAM

Sasaran Outcome:-

Pili Bomba yang berisiko akibat faktor mukabumi/cuaca
Pili Bomba yang berisiko akibat vandalisma
Peserta Individu/premis berhampiran pili bomba berkenaan sebagai penjaga dan pemerhati pili
bomba yang bertanggungjawab

Pencapaian Outcome Sebenar:-

Keadaan pili bomba lebih terjamin dari segi kebersihan dan penjagaan
Keselamatan dari aktiviti vandalisma
Peningkatan kesedaran dan tanggungjawab sosial dikalangan peserta program
Kesedaran kepentingan pili bomba sikap bertanggungjawab peserta program.
Mencapai Objektif Jabatan mengikut Perintah Tetap Operasi Bil 1/2001



PENAMBAHBAIKAN / PERANCANGAN PROGRAM

Menjemput mereka yang terlibat dengan program Teman Pili Bomba dalam Majlis anjuran
Jabatan seperti Jamuan Hari Raya dan lain-lain bagi mengeratkan lagi hubungan.
Menyediakan insentif seperti mengiktiraf penjagaan dan penyelenggaraan terbaik setiap akhir tahun sebagai galakkan meningkatkan lagi prestasi peserta.
Membuat kaji selidik kefahaman perlaksanaan, kepuasan dan harapan peserta Program Teman Pili Bomba sebagai indicator dalam mencapai kepuasan pelanggan.


KESIMPULAN

Hasil dari pemerhatian, pemantauan secara berjadual adalah perlu selepas perlaksanaan bagi mengelakkan peserta mengabaikan tanggungjawab seperti yang diwartakan.
Disamping itu juga, peruntukan dana samasa dari Jabatan mahupun melalui tajaan mana-mana
pihak sebagai insentif kepada peserta sedikit sebanyak dapat membantu dalam menjayakan
program ini secara berterusan.

KM 165 Arah Utara, Lebuhraya Utara Selatan, Nibong Tebal, Pulau Pinang













Kejadian ini berlaku di KM 165 Arah ke Utara, Lebuhraya Utara Selatan, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Terima panggilan kecemasan kebakaran kereta jam lebih kurang 0744 pagi 6/11/2011 (pagi Raya Aidil Adha tu...). Seperti biasa la, kami terpaksa membuat turn out di Tol Bandar Baru serta meminta bantuan Parit Buntar yang mana jentera mereka ini akan terus masuk melalui Tol Bandar Baru. Semasa tiba di tempat kejadian memang benar berlaku kebakaran sebuah kereta yang terbabas dan terbalik dan keadaan api yang marak membakar keseluruhan kenderaan tersebut dipercayai jenis Proton Persona No. Pendaftaran BKD 9301. Kereta ini dipercayai terbabas dan terbakar sehingga bahagian injinnya tercabut. Dua orang mangsa lelaki India telah dapat dikeluarkan oleh orang awam. Membuat saiz up dan memastikan tiada mangsa lagi yang terperangkap dan mengarahkan anggota bertindak memadamkan kebakaran
dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula jentera dengan bekalan air dari tangki jentera.

Ketika operasi pemadaman dijalankan dan diperingkat akhir sebuah lori muatan kontena tiba-tiba telah merempuh jentera bomba Atego BJV 5425 dari Parit Buntar dan seterusnya merempuh kereta Toyota Aeras CCP 9133 dan kereta Proton Waja WKC 3502, ini telah menyebabkan beberapa beberapa orang awam tercedera tetapi ianya amat bernasib baik kerana tidak melibatkan anggota-anggota bomba. Alhamdulillah Syukur.....Andainya semasa tu ada anggota bomba berdekatan atau turun dari jentera, tentu kejadian lebih buruk lagi akan berlaku.
Apa yang aku dengar semasa itu, hanyalah dentuman yang amat kuat sekali dan terlihat makcik (dalam gambar yang terbaring) melambung dan jatuh diatas rumput. Kemudiannya tangisan dan jerit pekik orang awam mula terdengar. Anggota-anggota bomba yang berada ditempat kejadian semasa itu terus memberi bantuan dan aku melaporkan kepada PGO serta meminta bantuan dari Sungai Bakap sebagai langkah persediaan sekiranya keadaan lebih serious.
Pemandu lori itu pun tidaklah cedera berat tetapi nasibnya tidak baik kerana orang awam yang berang dan marah dengan pemandu itu cuba untuk memukulnya, aku pula kena jadi pengadil (tapi segera bawa pemandu itu ke pihak Plus dan Propel) kalu tidak, naya...kes lain pulak jadinya.
Sesungguhnya keadaan lebih bernasib baik kerana tiada ada siapa-siapa yang tersepit semasa kejadian itu kerana dari sumber yang dimaklumkan, mereka-mereka ini (orang awam) berhenti untuk melihat kami menjalankan kerja-kerja pemadaman semasa itu dan semasa rempuhan lori itu, mereka-mereka ini dipercayai berada di luar kenderaan masing-masing. Itulah bahayanya kerana orang awam ini gemar nak neeeeeengok aja tanpa memikirkan risiko kepada diri mereka yang mungkin boleh berlaku.
***Tapi yang peliknya pada masa yang sama itu juga beberapa kemalangan kecil berlaku di tempat ini...lebih kurang tiga kejadian yang berlaku tu...
maksudnya semasa kami masih berada dikawasan ini????? Tetapi bernasib baik juga kerana hanya rempuhan-rempuhan kecil saja.
Semoga Kita Dilindungi Allah dan beringat selalu hendaknya....Tq...Oooo

Thursday, December 8, 2011

Api kereta di Lebuhraya Utara Selatan September 2011



Kejadian api kereta berlaku pada tarikh 28 September 2011 (7 hari selepas hari lahir aku) jam lebih kurang 1:25 petang. Kami terima panggilan kecemasan pun jam 1:30 petang. Kejadian ini berlaku atas lebuhraya utara selatan arah menghala ke selatan antara tol Jawi ke tol Bandar Baru di km 167.7 . Pergerakan jentera Atego Ntl dengan kekuatan anggota seramai 5 orang bergegas memasuki tol Jawi dan sampai ke lokasi kira-kira 6 minit kemudian pada jarak 5 km. Kpi keluaran jentera kami mencapai sasaran kerana kejadian berlaku arah menghala ke selatan, tapi kalau kejadian tersebut berlaku arah ke utara, makanya kami terpaksa turn out di tol Bandar Baru dan ini mungkin akan memakan masa antara 10 hingga 15 minit untuk sampai. Tapi kalau berlaku begitu, sudah semestinya bantuan dari Parit Buntar akan diminta dimana jentera mereka ini akan memasuki terus melalui tol Bandar Baru bertindak sebagai Balai "Fire Turn-Out"

Semasa tiba di tempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran sebuah kereta jenis Toyota Vios (MBL 7974) dengan keadaan api marak membakar sebahagian besar keseluruhan kenderaan tersebut. Aku pun membuat saiz up dan memastikan tiada mangsa yang terperangkap. Mangsa seorang sahaja pemandu lelaki berumur 29 tahun telah dapat keluar dari keretanya. Anggota-anggota terus bertindak memadamkan kebakaran dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula jentera dengan bekalan air dari tangki jentera. Mulanya risau juga kalau-kalau air dari tangki jentera kami akan kehabisan dan aku meminta bantuan keluaran Sungai Bakap, tetapi selepas 20 minit kemudiannya kebakaran tersebut telah dapat di kawal dan meminta pembatalan bantuan keluaran Sungai Bakap.
Tindakan ventilation dan overhaul dilakukan setelah api dapat dikawal dan dipadamkan.
Aku terus menghubungi PGO supaya memaklumkan kepada pihak FIO untuk ke tempat kejadian bagi tindakan selanjutnya serta mengambil maklumat dari pemandu yang terselamat.
**Menurut keterangan dari pemandu, sebelum berlaku kebakaran tersebut, beliau ada mendengar satu letupan di bahagian injin dan terus berasap, puncanya pun tidak dapat dipastikan lagi, mungkin FIO dalam siasatan lagi...........
Tapi semenjak kebelakangan ini memang banyak kes kebakaran kereta yang berlaku, tak tahulah apa masalahnya. Tapi satu saja yang kami kena alert sikit mengenai kereta yang menggunakan NGV dan jenis HYBRID....mungkin atau yang pastinya satu SOP kena ujudkan bagi menjamin keselamatan semasa operasi//tq

Friday, October 29, 2010

MI

Fungsi ResQ - SAR
Survey
GPS Eqp....???
Infrared??
Night Vision