Pages

Friday, December 9, 2011

KM 165 Arah Utara, Lebuhraya Utara Selatan, Nibong Tebal, Pulau Pinang













Kejadian ini berlaku di KM 165 Arah ke Utara, Lebuhraya Utara Selatan, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Terima panggilan kecemasan kebakaran kereta jam lebih kurang 0744 pagi 6/11/2011 (pagi Raya Aidil Adha tu...). Seperti biasa la, kami terpaksa membuat turn out di Tol Bandar Baru serta meminta bantuan Parit Buntar yang mana jentera mereka ini akan terus masuk melalui Tol Bandar Baru. Semasa tiba di tempat kejadian memang benar berlaku kebakaran sebuah kereta yang terbabas dan terbalik dan keadaan api yang marak membakar keseluruhan kenderaan tersebut dipercayai jenis Proton Persona No. Pendaftaran BKD 9301. Kereta ini dipercayai terbabas dan terbakar sehingga bahagian injinnya tercabut. Dua orang mangsa lelaki India telah dapat dikeluarkan oleh orang awam. Membuat saiz up dan memastikan tiada mangsa lagi yang terperangkap dan mengarahkan anggota bertindak memadamkan kebakaran
dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula jentera dengan bekalan air dari tangki jentera.

Ketika operasi pemadaman dijalankan dan diperingkat akhir sebuah lori muatan kontena tiba-tiba telah merempuh jentera bomba Atego BJV 5425 dari Parit Buntar dan seterusnya merempuh kereta Toyota Aeras CCP 9133 dan kereta Proton Waja WKC 3502, ini telah menyebabkan beberapa beberapa orang awam tercedera tetapi ianya amat bernasib baik kerana tidak melibatkan anggota-anggota bomba. Alhamdulillah Syukur.....Andainya semasa tu ada anggota bomba berdekatan atau turun dari jentera, tentu kejadian lebih buruk lagi akan berlaku.
Apa yang aku dengar semasa itu, hanyalah dentuman yang amat kuat sekali dan terlihat makcik (dalam gambar yang terbaring) melambung dan jatuh diatas rumput. Kemudiannya tangisan dan jerit pekik orang awam mula terdengar. Anggota-anggota bomba yang berada ditempat kejadian semasa itu terus memberi bantuan dan aku melaporkan kepada PGO serta meminta bantuan dari Sungai Bakap sebagai langkah persediaan sekiranya keadaan lebih serious.
Pemandu lori itu pun tidaklah cedera berat tetapi nasibnya tidak baik kerana orang awam yang berang dan marah dengan pemandu itu cuba untuk memukulnya, aku pula kena jadi pengadil (tapi segera bawa pemandu itu ke pihak Plus dan Propel) kalu tidak, naya...kes lain pulak jadinya.
Sesungguhnya keadaan lebih bernasib baik kerana tiada ada siapa-siapa yang tersepit semasa kejadian itu kerana dari sumber yang dimaklumkan, mereka-mereka ini (orang awam) berhenti untuk melihat kami menjalankan kerja-kerja pemadaman semasa itu dan semasa rempuhan lori itu, mereka-mereka ini dipercayai berada di luar kenderaan masing-masing. Itulah bahayanya kerana orang awam ini gemar nak neeeeeengok aja tanpa memikirkan risiko kepada diri mereka yang mungkin boleh berlaku.
***Tapi yang peliknya pada masa yang sama itu juga beberapa kemalangan kecil berlaku di tempat ini...lebih kurang tiga kejadian yang berlaku tu...
maksudnya semasa kami masih berada dikawasan ini????? Tetapi bernasib baik juga kerana hanya rempuhan-rempuhan kecil saja.
Semoga Kita Dilindungi Allah dan beringat selalu hendaknya....Tq...Oooo

No comments:

Post a Comment