Pages

Friday, December 9, 2011




PROGRAM KOMUNITI TEMAN PILI BOMBA
KAWASAN SUNGAIUDANG
NIBONG TEBAL SEBERANG PERAI SELATAN
PULAU PINANG


Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal,
Seberang Perai Selatan,
Pulau Pinang

4744 on.....31/10/2011


PENGENALAN

Pili Bomba merupakan sumber utama bagi mendapatkan bekalan air yang digunakan bagi melawan kebakaran. Penempatan Pili Bomba yang strategik di sesuatu kawasan dan penjagaannya yang baik dapat memberikan impak yang besar bagi mengurangkan kerugian akibat kebakaran.

Laman Web Pili bomba bertujuan untuk memantau aktiviti-aktiviti Pili Bomba dan mengambil tindakan segera aduan kerosakan Pili Bomba akibat vandalisma dan kesalahan Pili Bomba di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan disamping itu juga menggalakkan penyertaan masyaraka menjadi Teman Pili Bomba.


LATAR BELAKANG PROGRAM

Program Teman Pili Bomba telah dilancarkan untuk mewujudkan kerjasama erat diantara
masyarakat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Program ini berperanan untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat tentang pentingnya penjagaan Pili Bomba dan aset kerajaan untuk memastikan ianya berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan
pada bila-bila masa semasa berlaku kebakaran.


OBJEKTIF PROGRAM

1. Memberikan penghargaan dan pengkitirafan kepada komuniti ataupun masyarakat yang perihatin dan bertanggungjawab menjadi Teman Pili Bomba di dalam pemeriksaan dan penyelenggaraan Pili Bomba.

2. Melaporkan sebarang kerosakan Pili Bomba akibat vandalisma.



KAEDAH PERLAKSANAAN PROGRAM

Melalui aktiviti lawatan, promosi laman sesawang Jabatan, ceramah dan aktiviti gotong royong dan laman sosial yang sediada.


TEMPOH MASA PERLAKSANAAN PROGRAM

Tahun 2011 melalui data / rekod lampau yang dikemaskini.


SASARAN PROGRAM

Individu/premis ditetapkan berhampiran pili bomba, kawasan berisiko rosak/hilang.


PENEMUAN HASIL OUTCOME PROGRAM

Sasaran Outcome:-

Pili Bomba yang berisiko akibat faktor mukabumi/cuaca
Pili Bomba yang berisiko akibat vandalisma
Peserta Individu/premis berhampiran pili bomba berkenaan sebagai penjaga dan pemerhati pili
bomba yang bertanggungjawab

Pencapaian Outcome Sebenar:-

Keadaan pili bomba lebih terjamin dari segi kebersihan dan penjagaan
Keselamatan dari aktiviti vandalisma
Peningkatan kesedaran dan tanggungjawab sosial dikalangan peserta program
Kesedaran kepentingan pili bomba sikap bertanggungjawab peserta program.
Mencapai Objektif Jabatan mengikut Perintah Tetap Operasi Bil 1/2001



PENAMBAHBAIKAN / PERANCANGAN PROGRAM

Menjemput mereka yang terlibat dengan program Teman Pili Bomba dalam Majlis anjuran
Jabatan seperti Jamuan Hari Raya dan lain-lain bagi mengeratkan lagi hubungan.
Menyediakan insentif seperti mengiktiraf penjagaan dan penyelenggaraan terbaik setiap akhir tahun sebagai galakkan meningkatkan lagi prestasi peserta.
Membuat kaji selidik kefahaman perlaksanaan, kepuasan dan harapan peserta Program Teman Pili Bomba sebagai indicator dalam mencapai kepuasan pelanggan.


KESIMPULAN

Hasil dari pemerhatian, pemantauan secara berjadual adalah perlu selepas perlaksanaan bagi mengelakkan peserta mengabaikan tanggungjawab seperti yang diwartakan.
Disamping itu juga, peruntukan dana samasa dari Jabatan mahupun melalui tajaan mana-mana
pihak sebagai insentif kepada peserta sedikit sebanyak dapat membantu dalam menjayakan
program ini secara berterusan.

No comments:

Post a Comment